Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN PENGAKAP DAN PERLANTIKAN PENGAKAP KELANA 2017

Imej
Seramai 29 orang ahli Pengakap Kelana Udara Tingkatan 6 Rendah SMK DARY telah menyertai Perkhemahan Kemahiran Pengakap dan Perlantikan Pengakap Kelana tahun 2017 di Tapak Perkhemahan Politiknik Merlimau, Melaka pada 8 hingga 10 September 2017. Istiadat Perlantikan Kelana Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli. Gambar Perkhemahan Video Istiadat Perlantikan   

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017

Imej
Seramai 45 orang ahli dan 3 orang pemimpin Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SMK DARY) telah menyertai Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan Kali Ke-60 pada 31 Ogos 2017 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Ini merupakan penglibatan Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK DARY kali kedua. Perarakan bermula di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka dan berakhir di Stadium Hang Tuah, Bandar Melaka. Pasukan Kelana Udara SMK DARY bersama En. Lee Siong Seng (Penyelia Unit Kokurikulum JPN Melaka)   En. Ahmad Kamal bin Mohd Don (Pengetua SMK DARY merangkap Kuasa Penganjur Kumpulan) bersama Pasukan Kelana Udara SMK DARY. Gambar Video 1 Video 2  

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

Imej
Pasukan Pengakap SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SMK DARY), Merlimau, Melaka adalah Kumpulan Ke-17 Pengakap Daerah Merlimau yang sebelum ini hanya melibatkan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sahaja yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada 22 Februari 2013 Kumpulan Pengakap SMK DARY telah menubuhkan Pasukan Pengakap Kelana Udara dengan keahlian seramai 36 orang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Pasukan ini dibawah pimpinan Pn. Kamsiah binti Jumat (selaku Ketua Guru Penasihat Pengakap Tingkatan 6) dan dibantu oleh 5 orang Penolong Pemimpin (4 orang lelaki dan 1 orang wanita).   Pn. Kamsiah Jumat (Pelopor dan Pemimpin Kumpulan) Semasa Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK DARY ditubuhkan, Beliau merupakan seorang Penolong Jurulatih Kebangsaan dan satu-satunya Pemimpin Pengakap Udara wanita pertama di Malaysia yang telah berjaya mendapat Sayap Emas Pemimpin Pengakap Udara Kebangsaan setelah berjaya menamatkan   Kursus Pe