SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU


Pasukan Pengakap SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SMK DARY), Merlimau, Melaka adalah Kumpulan Ke-17 Pengakap Daerah Merlimau yang sebelum ini hanya melibatkan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sahaja yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada 22 Februari 2013 Kumpulan Pengakap SMK DARY telah menubuhkan Pasukan Pengakap Kelana Udara dengan keahlian seramai 36 orang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Pasukan ini dibawah pimpinan Pn. Kamsiah binti Jumat (selaku Ketua Guru Penasihat Pengakap Tingkatan 6) dan dibantu oleh 5 orang Penolong Pemimpin (4 orang lelaki dan 1 orang wanita).


 Pn. Kamsiah Jumat
(Pelopor dan Pemimpin Kumpulan)


Semasa Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK DARY ditubuhkan, Beliau merupakan seorang Penolong Jurulatih Kebangsaan dan satu-satunya Pemimpin Pengakap Udara wanita pertama di Malaysia yang telah berjaya mendapat Sayap Emas Pemimpin Pengakap Udara Kebangsaan setelah berjaya menamatkan Kursus Pemimpin Pengakap Udara Kebangsaan siri pertama pada tahun 2012.






Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK DARY adalah Pasukan Pengakap Kelana Udara yang pertama ditubuhkan di Negeri Melaka.



BARISAN PELOPOR  :

KUASA PENGANJUR

Pn. Hjh. Salmah binti Mohd Tahir   (Pengetua)
Pn. Hjh. Ramlah binti Hj. Amin      (GPK Tingkatan 6)
Pn. Zaharah binti Samad              (GPK Koku Tingkatan 6)       



PEMIMPIN
  1. Pn. Kamsiah Bte Jumat (Ketua )
  2. Pn. Norini Binti Ahmari
  3. En. Zolkarnain Bin Hassan
  4. En. Mohd Hisyam Bin Kahar
  5. En. Mohd Helmi Bin Zakariah
  6. En. Mohd Zaki Bin Adon


AHLI

  1. Mohd Aidil Bin Rusli                               (Pengerusi Majlis Eksekutif Krew Sesi 2013) 
  2. Muhammad Rifaat Bin Saipul Bahri     (Timbalan Pengerusi Eksekutif Krew Sesi 2013)
  3. Nurul Zarifah Bt Ismail                            (Setiausaha Majlis Eksekutif Krew Sesi 2013)
  4. Haziqah Bt Radani  
  5. Muhammad Ilham Bin Zainal
  6. Mohamad Nizam Bin Ali Nordin
  7. Akhmal Fairuz B. Osman
  8. Muhammad Fitri B. Adam
  9. Amzar Bin Azhar
  10. Muhammad Daniel Zailan Bin Abdullah
  11. Khairul Adham Bin Aripen
  12. Muhammad Aiman Bin Khairuddin
  13. Muhammad Syafiq Bin Naqiuddin
  14. Nur Azureen Bte Ariffin
  15. Azfathdira Bte Azahar
  16. Siti Zulaiha Bt Maidin
  17. Nor Zainatul Iza Bt Md. Affendi
  18. Nor Afiqah Bt Md Azman
  19. Nurannisa Bt Salim
  20. Marina Bt Maslah
  21. Nurain Bt Mohd Nor
  22. Siti Zubaidah Bt Awang
  23. Aisah Bt Adnan
  24. Nur Fazerah Azwa Bt Mad Dali
  25. Syarmilla Bt Sopnan
  26. Siti Norazlinda Binti Mohd Zakaria
  27. Liyana Binti Mohd Jani
  28. Nur Rafidah Binti Rahman
  29. Najiah Atira Binti Abd. Rahman
  30. Shakila Binti Tahir
  31. Nur Fadhilah Mawardah Bt Mohd Ali Janah
  32. Marina Bt Abd Nasir
  33. Ng Ching Wen
  34. Lim Xiao Yin
  35. Hau Boon Shin
  36. Tong Xin Le 

Bersesuaian dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, Melaka sebagai Pusat Tingkatan 6 Mode 2. Semua guru dan murid Tingkatan 6 dari SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, SMK Dang Anum dan SMK Seri Mahkota telah dipindahkan ke SMK Tun Syed Zahiruddin berkuatkuasa pada 05 Februari 2018 . Oleh yang demikian; Pasukan Kelana Udara Tingkatan 6 ini turut menukar tempat pusat operasi dan pentadbirannya.




Senarai Nama Ahli Majlis Eksekutif Krew Kelana Udara 

Majlis Eksekutif Krew Sesi 2014, 2015 & 2016
Majlis Eksekutif Krew Sesi 2017
Majlis Eksekutif Krew Sesi 2018
Pasukan Pengakap Kelana Udara SMK DARY merupakan pasukan pertama 
menggunakan bendera Pengakap Udara  di Negeri Melaka.




Pasukan ini juga merupakan pelopor aktiviti Kumpulan Pengakap Kelana Tingkatan 6 pada peringkat Negeri Melaka.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kelana Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka kali Pertama pada tahun 2015





Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kelana Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka kali Kedua pada tahun 2016





 Kerja Projek Tingkatan 6 Kali Pertama pada tahun 2017 
(Program Pembudayaan Landskap, Khazanah Negara)
dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)


 
 Menjadi Pasukan Pengakap Kelana Udara pertama yang menyertai Perarakan dan Perbarisan Hari Kemerdekaan kali ke-59 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos 2016.

****Boleh klik pada tulisan Italic berwarna biru untuk melihat fail tersembunyi



Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017