PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE TSZ telah melaksanakan Perkhemahan Kemahiran dan Proses Vigil dengan Kerjasama Pasukan Pengakap Udara Kelanasiswa (K.L.K.M -P.M.M) di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka pada 27 hingga 29 September 2019.

Seramai 129 orang telah menyertai perkhemahan ini terdiri daripada :
Peserta : 110 orang Ahli Pengakap Kelana Udara.
Jurulatih : 3 orang Pemimpin Pengakap Udara (Sayap) Kebangsaan.
Jurulatih Jemputan : 2 orang Doktor Perubatan dari Hospital Besar Melaka.
Pemimpin : 4 orang Pemimpin.
Pembimbing / Petugas / Pembantu : 8 orang Ahli Kelana Udara Senior.
Pemantau : 2 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum PTE TSZ. 

Matlamat Perkhemahan :
  1. Melantik Ahli Kelana yang mempunyai nilai sasiah dan budi pekerti yang tinggi.
  2. Pemakaian Lencana Kemahiran Pengakap Kelana dalam tempoh 3 bulan atau lebih selepas dari tarikh pelantikan ahli.
  3. Pemakaian Lencana Perkhidmatan Kelana dalam tempoh 3 bulan atau lebih selepas dari tarikh pemakaian Lencana Kemahiran Pengakap Kelana.
  4. Membantu Pemimpin melengkapkan skim latihan dan ujian kepada ahli yang sukar untuk dilaksanakan di kumpulan masing-masing atas faktor masa, tempat, peralatan dan jurulatih yang berkelayakan. 




Berikut adalah aktiviti yang wajib dilalui oleh peserta bermula pada hari pertama hingga hari ketiga : 


Hari Pertama : 27/09/2019 (Jumaat)
  • Taklimat dan Peraturan Perkhemahan.
  • Sesi "Saya Seorang Pengakap Kelana" dan Penerangan Proses Vigil.
  • Sesi Brainstorming dan mengenal diri.
  • Menjalani Ujian Proses Vigil.
  • Istiadat Perlantikan dan Pemakaian Epolet Kelana (Istiadat dijalankan oleh Pemimpin dan Pasukan masing-masing)

 Peserta sedang menjalani Ujian Proses Vigil

 Istiadat Perlantikan Ahli Pengakap Kelana Udara PTE TSZ

 Istiadat Pemakaian Epolet Kelana PTE TSZ




Hari Kedua : 28/09/2019 (Sabtu)
  • Penilaian tapak perkhemahan dan kem kraf.
  • Latihan Istiadat Bendera 
  • Latihan Kawad Tongkat
  • Asas Pertolongan Cemas dan CPR.
  • Latihan Pengembaraan, Penganggaran dan Kompas.
  • Ikhtiar hidup dan masakan rimba.
  • Pertandingan Malam Pengakap.
 Latihan Kawad Tongkat

Sesi Kawad Tongkat dikendalikan oleh En. Mohd Hisyam bin Kahar dan dibantu oleh Pn. Kamsiah  bte Jumat.

 Latihan dan Ujian Pertongan Cemas

Sesi Asas Pertolongan Cemas dan CPR, dikendalikan oleh 2 orang Doktor yang dijemput khas dari Hospital Besar Melaka iaitu Dr. Hjh. Rosnanadia bte Md. Yassan dan Dr. Shalini A/P Rajendran








Hari Ketiga : 29/09/2019 (Ahad)
  • Istiadat Bendera
  • Khidmat Masyarakat (CSR) kerja-kerja mengindahkan kawasan Laman Tiga Budaya.
  • Majlis Perasmian Penutupan dan Bersurai

Majlis Perasmian Penutupan
  

 Penyerhan Buku Log Perkhemahan & Bendera

Catatan Popular

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017