Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID AS-SYAKIRIN, PEKAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA PERINGKAT KOMUNITI.

Imej
Pasukan Pengakap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam Tun Syed Zahiruddin (PTE TSZ) telah melaksanakan Kerja Projek Khidmat Masyarakat di Masjid As-Syakirin Pekan Sungai Rambai, Melaka pada 16 Februari 2019. Seramai 30 orang krew dan 12 orang pemimpin telah menjayakan program ini. Kerja-kerja khidmat masyarakat meliputi pembersihan kawasan dalam dan luar masjid tersebut. Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE TSZ turut menyerahkan sumbangan peralatan untuk kegunaan pihak masjid. GAMBAR KERJA PROJEK MASJID AS-SYAKIRIN