Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

Imej
Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE TSZ telah melaksanakan Perkhemahan Kemahiran dan Proses Vigil dengan Kerjasama Pasukan Pengakap Udara Kelanasiswa (K.L.K.M -P.M.M) di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka pada 27 hingga 29 September 2019. Seramai 129 orang telah menyertai perkhemahan ini terdiri daripada : Peserta : 110 orang Ahli Pengakap Kelana Udara. Jurulatih : 3 orang Pemimpin Pengakap Udara (Sayap) Kebangsaan. Jurulatih Jemputan : 2 orang Doktor Perubatan dari Hospital Besar Melaka. Pemimpin : 4 orang Pemimpin. Pembimbing / Petugas / Pembantu : 8 orang Ahli Kelana Udara Senior. Pemantau : 2 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum PTE TSZ.  Matlamat Perkhemahan : Melantik Ahli Kelana yang mempunyai nilai sasiah dan budi pekerti yang tinggi. Pemakaian Lencana Kemahiran Pengakap Kelana dalam tempoh 3 bulan atau lebih selepas dari tarikh pelantikan ahli. Pemakaian Lencana Perkhidmatan Kelana dalam tempoh 3 bulan atau lebih selepas dari tarikh pemakaian Lencana Kemahira