Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

PERARAKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024

Imej
  Seramai 30 orang Ahli Krew Pengakap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam SMK Tun Syed Zahiruddin dan 5 orang pemimpin telah menyertai Perarakan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos 2024 (Sabtu). Perarakan bermula dari Dataran Pahlawan, Banda Hilir dan berakhir di Stadium Hang Tuah, Melaka. Walaupun dalam cuaca hujan, Ahli Krew tetap bersemangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Lawatan tapak pada 28 Ogos 2024 (Rabu) Raptai Penuh pada 29 Ogos 2024 (Khamis) Gambar Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Video Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2024

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM TINGKATAN 6 (PENGAKAP KELANA) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024 ANJURAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

Imej
  Pada 23 hingga 25 Ogos 2024, Pasukan Pengkap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Tun Syed Zahiruddin melalui SMK Tun Syed Zahiruddin berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah melaksana Perkemahan Badan Beruniform Tingkatan 6 (Pengakap Kelana) Peringkatan Negeri Melaka. Syukur Alhamdulillah usai sudah Perkhemahan Badan Beruniform Tg.6 (Pengakap Kelana) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024. Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat.Rasa terharu dengan komitmen & kerjasama yang telah diberikan.Pelbagai ujian & cabaran yang telah dilalui akhirnya membuahkan hasil yang tidak diduga dengan kehadiran Dato Seri Kol (B) Khairul Syafawi bin Tajuddin (Ahli Majlis Pengakap Negara) bersama En.Sufian bin Abdul Kadir (Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia). Ini julung2 kali berlaku dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh Kumpulan dihadiri oleh orang penting dalam Persekutuan Pengakap Malaysia & KPM. Memetik ucap