PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM TINGKATAN 6 (PENGAKAP KELANA) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024 ANJURAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

 


Pada 23 hingga 25 Ogos 2024, Pasukan Pengkap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Tun Syed Zahiruddin melalui SMK Tun Syed Zahiruddin berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah melaksana Perkemahan Badan Beruniform Tingkatan 6 (Pengakap Kelana) Peringkatan Negeri Melaka.

Syukur Alhamdulillah usai sudah Perkhemahan Badan Beruniform Tg.6 (Pengakap Kelana) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024. Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat.Rasa terharu dengan komitmen & kerjasama yang telah diberikan.Pelbagai ujian & cabaran yang telah dilalui akhirnya membuahkan hasil yang tidak diduga dengan kehadiran Dato Seri Kol (B) Khairul Syafawi bin Tajuddin (Ahli Majlis Pengakap Negara) bersama En.Sufian bin Abdul Kadir (Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia). Ini julung2 kali berlaku dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh Kumpulan dihadiri oleh orang penting dalam Persekutuan Pengakap Malaysia & KPM.

Memetik ucapan PERASMI MAJLIS PENUTUPAN PEKHEMAHAN oleh KPPK Unit Koku KPM (En.Sufian bin Abdul Kadir)...Semua orang mesti ada daya ketahanan untuk menghadapi apa jua cabaran oleh pihak tertentu.Setiap organisasi pasti ada PEMBELOT,PENGKHIANAT & WIRA PENYELAMAT. Namun terserah kepada individu memilih mana yang satu seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seperti sedia maklum bahawa Melaka segalanya bermula disini.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada semua pemimpin sekolah,pihak penganjur kerana telah berusaha untuk membantu pelajar memperoleh markah (PAJSK) dalam kokurikulum mengikut garis panduan F6 yang telah ditetapkan oleh KPM.Terima kasih kepada semua Jurulatih yang terlibat. Kalian terbukti OTAI MASIH BERBISA. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu memberi balasan sebaik2nya apa yang telah kita lakukan. Atas cadangan VVIP agar PTE SMK Tun Syed Zahiruddin melaksakan Perkhemahan Pengakap Kelana Tg.6 Peringkat Kebangsaan tahun depan. Cadangan itu akan kami pertimbangkan.


Barisan Jurulatih, Pegawai Perkhemahan & Pemimpin bergambar kenangan bersama tetamu jemputan Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan.









Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017