Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

KERJA PROJEK PENGAKAP TINGKATAN 6 PERINGKAT KOMUNITI / DAERAH DI MASJID ASY SYUJA'AH, MERLIMAU UTARA, MELAKA.

Imej
Krew Pengakap Kelana Udara SMK TSZ telah melaksanakan Kerja Projek Pengakap Tingkatan 6, Peringkat Komuniti / Daerah pertama bagi tahun 2018 di Masjid Asy Syuja'ah, Merlimau Utara, Melaka pada 18 Mac 2018 (Ahad) bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 petang.  Tujuan Kerja Projek ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat bagi sistem permarkahan kokurikulum tingkatan 6 yang telah ditetapkan kepada semua pelajar Tingkatan 6 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar Tingkatan 6 diwajibkan merancang, melaksana dan menyertai Kerja Projek mengikut peringkat samada peringkat sekolah,komuniti/daerah dan negeri. AJK KERJA PROJEK : Pengerusi Kerja Projek : Akma Firdaus bin Hamzah Naib Pengerusi Kerja Projek : Nur Intan Nata Shah Bt Ibrahim Setiausaha : Norain Bt Zambri Naib Setiausaha : Muhammad Syazwan Bin Abdullah Bendahari : Nur Syazwan

MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF KREW PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMKTSZ SESI 2018

Imej
Pasukan Pengakap Kelana Udara Tingkatan 6 SMKTSZ telah mengadakan Majlis Eksekutif Krew Kelana Sesi 2018 pada 10 Januari 2018 lalu. Seramai 32 orang ahli dan 15 orang Pemimpin Krew telah hadir bagi menjalankan mesyuarat dan melantik Ahli Majlis Eksekutif Krew yang baharu untuk sesi 2018. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan Aktiviti Krew dan Kerja Projek yang akan dilaksanakan bagi Tahun 2018. Gambar Mesyuarat Majlis Eksekutif Krew   Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Majlis Eksekutif Krew Kelana Sesi 2017 atas kecemerlangan komitmen dan kerjasama yang telah mereka berikan sepanjang tempoh masa perkhidmatan. Semoga segala usaha dan kecemerlangan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu menjadi sumber inspirasi kepada Ahli Majlis Eksekutif Krew Sesi 2018. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Eksekutif Krew, Ketua-ketua Projek, Ajk Projek dan Ahli Krew Kelana Udara Tingkatan 6 SMK DARY Ses

PENJENAMAAN SEMULA PASUKAN

Imej
Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kelana Tingkatan 6 SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub Merlimau, Melaka telah bertukar pusat operasi dan pentadbirannya ke SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar 77300 Merlimau, Melaka berkuatkuasa pada 05 Februari 2018 . Pertukaran pusat operasi dan pentadbiran Pengakap Kelana ini adalah bersesuaian dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk penempatan semula guru dan pelajar Tingkatan 6 di sekolah-sekolah yang berhampiran ke SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar 77300 Merlimau,Melaka sebagai Pusat Tingkatan 6 Mode 2. Oleh yang demikian; Pasukan Kelana ini telah ditukar kepada "PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN" dan Blog ini telah dijenamakan semula sebagai "PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN".  BARISAN PEMIMPIN DAN KREW PENGAKAP KELANA UDARA SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN 2018     BARISAN PEMIMPIN KREW KELANA