PENJENAMAAN SEMULA PASUKAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kelana Tingkatan 6 SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub Merlimau, Melaka telah bertukar pusat operasi dan pentadbirannya ke SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar 77300 Merlimau, Melaka berkuatkuasa pada 05 Februari 2018.

Pertukaran pusat operasi dan pentadbiran Pengakap Kelana ini adalah bersesuaian dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk penempatan semula guru dan pelajar Tingkatan 6 di sekolah-sekolah yang berhampiran ke SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar 77300 Merlimau,Melaka sebagai Pusat Tingkatan 6 Mode 2.

Oleh yang demikian; Pasukan Kelana ini telah ditukar kepada "PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN" dan Blog ini telah dijenamakan semula sebagai "PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN".


 BARISAN PEMIMPIN DAN KREW PENGAKAP KELANA UDARA
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN 2018 


 BARISAN PEMIMPIN KREW KELANA

Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017