MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF KREW PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 SMKTSZ SESI 2018

Pasukan Pengakap Kelana Udara Tingkatan 6 SMKTSZ telah mengadakan Majlis Eksekutif Krew Kelana Sesi 2018 pada 10 Januari 2018 lalu.

Seramai 32 orang ahli dan 15 orang Pemimpin Krew telah hadir bagi menjalankan mesyuarat dan melantik Ahli Majlis Eksekutif Krew yang baharu untuk sesi 2018. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan Aktiviti Krew dan Kerja Projek yang akan dilaksanakan bagi Tahun 2018.





Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Majlis Eksekutif Krew Kelana Sesi 2017 atas kecemerlangan komitmen dan kerjasama yang telah mereka berikan sepanjang tempoh masa perkhidmatan. Semoga segala usaha dan kecemerlangan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu menjadi sumber inspirasi kepada Ahli Majlis Eksekutif Krew Sesi 2018.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Eksekutif Krew,
Ketua-ketua Projek, Ajk Projek dan Ahli Krew Kelana Udara Tingkatan 6 SMK DARY
Sesi 2017

Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017