PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DAN KERJA PROJEK TINGKATAN 6 PERINGKAT NEGERI MELAKA DI TAMAN NEGARA JERANTUT, PAHANG.


Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE Tun Syed Zahiruddin telah mengadakan Program Perkhemahan Badan Beruniform dan Kerja Projek Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka di Taman Negara Jerantut, Pahang pada 20 Mac hingga 22 Mac 2019 (3 hari dan 2 malam).

Seramai 31 orang peserta dan 7 orang pemimpin dari seluruh negeri Melaka telah menjayakan program tersebut.

Antara aktivit yang telah dijalankan :

20 Mac 2019 ( Rabu ) 
  • Lawatan ke Pusat Konvervasi Gajah Kebangsaan di Kampung Gandah / Deerland.
  • Menikmati juadah dan minum air tebu di gerai Air Tebu Pak Akob di Kampung Chengkenik.
  • Mengembara Malam di Taman Negara untuk menyaksikan hidupan flora dan fauna.
21 Mac 2019 ( Khamis )
  • Jungle Tracking dan mendaki puncak Bukit Terisek.
  • Aktiviti Rapid Shooting.
  • Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Bateq di pesisiran Sungai Tembeling.
  • Sesi Pertandingan Malam Kebudayaan.
  • Sesi BBQ.
22 Mac 2019 ( Jumaat )
  • Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan dan Kerja Projek.
  • Lawatan ke Galeri Mat Kilau di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
  • Bergerak balik ke Melaka.

 Aktiviti Rapid Shooting.

 Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Bateq

Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017