MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP PERAK DAN GANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2021

 


Seramai 28 orang Ahli Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah berjaya menerima Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Peringkat Negeri Melaka tahun 2021.

Untuk mendapatan Sijil ARPRM ini setiap ahli wajib mendaftar sebagai peserta dan menyediakan buku rekod aktiviti yang telah disyaratkan dalam program ARPRM.

Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama dalam sejarah Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ yang menyertai program ARPRM. Syabas dan tahniah diucapkan.



Sijil telah disampaikan oleh Pn. Faridah binti Mat Zon selaku Pengetua dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap Kumpulan Ke-34 Daerah Merlimau dalam satu upacara ringkas di sekolah. Majlis ringkas dan tertutup ini diadakan kerana mematuhi larangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan dalam sekala besar yang disebabkan oleh pendemik Covid-19. 

Terima kasih kepada Pn. Kamsiah binti Jumat, Cik. Noor Ridah binti Omar dan En. Mohd Hisyam bin Kahar yang telah menjadi Pemimpin/ Mentor ARPRM pertama untuk Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ.


Pn. Kamsiah binti Jumat

Cik. Noor Ridah binti Omar

En. Mohd Hisyam bin Kahar









Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017