KERJA PROJEK MASYARAKAT DIDEKATI REZEKI DIKONGSI PERINGKAT KOMUNITI 2022

 


Pasukan Pengakap Kelana Udara tingkatan 6 SMK Tun Syed Zahiruddin (SMKTSZ) telah melaksanakan kerja projek peringkat komuniti dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau.




Sebanyak 25 bakul makanan asas yang telah berjaya disediakan daripada hasil sumbangan kewangan Ahli Pengakap Kelana Udara SMKTSZ dan Pemimpin Pengakap Daerah Merlimau bermula dari 6 April 2022 hingga 20 April 2022.


Poster mengumpulkan sumbangan kewangan.


Iklan di Facebook rasmi PPMD Merlimau.


Barangan asas dalam setiap bakul ialah Beras, Minyak masak, Sardin, Tepung, Kicap, Sos Cili, Gula Pasir, Susu Pekat, Milo dan Teh yang bernilai RM50.00 setiap bakul. 



Majlis perasmian ini disempurnakan lagi dengan ucapan daripada GPK Tingkatan 6 iaitu Tuan Haji Md Zamri bin Limat. Majlis penyerahan sumbangan oleh wakil pengetua kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah (DC) Merlimau En.Muhammad Haris bin Sawalludin diagihkan kepada komuniti setempat. Sebanyak 25 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh barisan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau dan pemimpin Pengakap Kelana Udara SMK Tun Syed Zahiruddin.



Ahli Jawatankuasa Kerja Projek dan Pemimpin membuat persediaan Bakul Rezeki.


Agihan Bakul Rezeki kepada penerima yang kurang berkemampuan.


Gambar Kerja Projek

Catatan Popular

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN DAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA UDARA 2019 DI LAMAN TIGA BUDAYA, ASAHAN, MELAKA.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP KELANA UDARA TINGKATAN 6 MERLIMAU

PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-60 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017