Catatan

PERARAKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024

Imej
  Seramai 30 orang Ahli Krew Pengakap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam SMK Tun Syed Zahiruddin dan 5 orang pemimpin telah menyertai Perarakan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos 2024 (Sabtu). Perarakan bermula dari Dataran Pahlawan, Banda Hilir dan berakhir di Stadium Hang Tuah, Melaka. Walaupun dalam cuaca hujan, Ahli Krew tetap bersemangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Lawatan tapak pada 28 Ogos 2024 (Rabu) Raptai Penuh pada 29 Ogos 2024 (Khamis) Gambar Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Video Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2024

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM TINGKATAN 6 (PENGAKAP KELANA) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024 ANJURAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

Imej
  Pada 23 hingga 25 Ogos 2024, Pasukan Pengkap Kelana Udara Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Tun Syed Zahiruddin melalui SMK Tun Syed Zahiruddin berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah melaksana Perkemahan Badan Beruniform Tingkatan 6 (Pengakap Kelana) Peringkatan Negeri Melaka. Syukur Alhamdulillah usai sudah Perkhemahan Badan Beruniform Tg.6 (Pengakap Kelana) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024. Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat.Rasa terharu dengan komitmen & kerjasama yang telah diberikan.Pelbagai ujian & cabaran yang telah dilalui akhirnya membuahkan hasil yang tidak diduga dengan kehadiran Dato Seri Kol (B) Khairul Syafawi bin Tajuddin (Ahli Majlis Pengakap Negara) bersama En.Sufian bin Abdul Kadir (Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia). Ini julung2 kali berlaku dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh Kumpulan dihadiri oleh orang penting dalam Persekutuan Pengakap Malaysia & KPM. Memetik ucap

MAJLIS MINUM PETANG (HI-TEA) PASUKAN KELANA UDARA PTE SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN 2023

Imej
Seramai 51 orang Ahli Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ dan Pemimpin telah menghadiri Majlis Minum Petang (Hi-Tea) Pasukan di Hotel Ames Ayer Keroh, Melaka pada 27 November 2023. Majlis ini diadakan untuk meraikan Ahli Krew Semesta 3 yang bakal menamatkan sesi pengajian mereka pada bulan March tahun hadapan. Bergambar Kenangan bersama Krew dan Pemimpin. Gambar Majlis   Montaj Aktiviti 2023

MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH PERDANA RAKAN MUDA TAHAP PERAK & GANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023

Imej
  Seramai 32 orang Ahli Krew Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah berjaya menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak pada 9 November 2023 di Dewan Utama Kolej Yayasan Saad, Melaka. Gambar Majlis Pertauliahan

JAMBOREE ON THE AIR & JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTA JOTI) 2023

Imej
    Ahli krew Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ telah menyertai sebagai peserta dan pembantu di Jota Joti 2023 bertempat di SMK Sg. Rambai pada 21 Oktober 2023. Seramai 321 orang peserta terdiri daripada Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana beserta 16 orang petugas dan 8 orang pembantu telah menjayakan aktiviti pada tahun ini Istiadat Pembukaan Jota Joti 2023 Gambar Aktiviti Jota Joti 2023

KREW KELANA MEMBANTU DI PERKHEMAHAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH MERLIMAU 2023

Imej
  Seramai 14 orang Ahli Krew Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah hadir membantu dalam Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak  di Sekolah Kebangsaan Merlimau1. Peserta Perkhemahan adalah seramai 209 orang Pengakap Kanak-kanak dari 13 buah sekolah rendah dalam pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau. Gambar Kelana Membantu Perkhemahan

PERARAKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE- 66 BAGI TAHUN 2023

Imej
Setelah 3 tahun tidak dapat menyertai Hari Kebangsaan akibat penularan Covid 19 yang telah melanda negara di awal tahun 2020 yang lalu. Kini Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah diberi peluang untuk meraikan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 bersama 10,000 orang peserta yang lain. Seramai 30 orang Ahli Krew  Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ telah menyertai Perarakan Perbarisan Hari Kebangsaan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.   Gambar Hari Kebangsaan Video Latihan & Perarakan  

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN PENGAKAP MUDA, PENGAKAP REMAJA DAN UJIAN PROSES VIGIL PENGAKAP KELANA 2023

Imej
Peserta Pengakap Muda, Remaja dan Pengakap Kelana tseramai 208 orang elah menyertai Perkhemahan ini pada 21 hingga 23 Julai 2023 di SMK Tun Syed Zahiruddin. Seramai 57 orang Ahli Krew Kelana telah berjaya melepasi Ujian Mengenal Diri (Vigil) dan dilantik sebagai Ahli Krew Pengakap Kelana PTE SMK Tun Syed Zahiruddin. Gambar Perkhemahan Rakaman Aktiviti Kawad Tongkat Video Proses Vigil 2023

JAMUAN MINUM PETANG PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA SESI 2021/2022

Imej
  Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah mengadakan jamuan akhir tahun di YTBC. Seramai 8 orang Pemimpin dan 31 orang Ahli Krew Semestar 3 telah menyertai jamuan berkenaan. Gambar Jamuan

MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH PERDANA RAKAN MUDA TAHAP PERAK & GANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2022

Imej
  Seramai 32 orang Ahli Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah berjaya menerima Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Peringkat Negeri Melaka tahun 2022. Majlis telah diadakan di Dewan Utama Kolej Yayasan Saad, Melaka pada 6 Disember 2022 dan disempurnakan perasmian oleh YB.VP.Shanmugam selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Bergambar kenangan bersama Peimimpin/Mentor yang telah berjaya melahirkan Pemenang Anugerah. Gambar Video Anugerah

PROGRAM PELESTARIAN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI

Imej
  En. Zafir bin Aziz (wakil Eco Lestari Enterprise) menerima minyak masak terpakai daripada Pn. Faridah binti Mat Zon (Pengetua SMKTSZ)   Krew Pengakap Kelana Udara SMKTSZ Semesta 2 telah menjalankan Kerja Projek mengumpul minyak masak terpakai untuk dikitar semula dengan kerjasama Eco Lestari Enterprise sebagai pembeli. Sebanyak 320 liter minyak masak terpakai telah dapat dikumpulkan dan hasil jualannya dimasukan ke tabung krew untuk membeli Bowler Hat dan Baret pasukan. Gambar Program

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP MUDA, REMAJA DAN KELANA DAERAH MERLIMAU 2022

Imej
Ahli Krew Pengakap Kelana Udara SMKTSZ telah menyertai Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda, Remaja  dan Kelana Peringkat Daerah Merlimau pada 24 hingga 26 Jun 2022 di SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, Melaka. Seramai 163 orang ahli Pengakap Muda, Remaja dan 66 orang ahli Krew Kelana SMKTSZ beserta 25 orang pegawai, petugas dan pembantu telah menjayakan perkhemahan kali ini. Foto Ahli Krew Kelana sedang menjalani Proses Ujian Vigil dalam Perkhemahan ini. Dalam Perasmian Penutupan Perkhemahan Pn. Faridah binti Mat Zon (Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin) sebagai Penganjur baharu Kumpulan Pengakap ke-34 Daerah Merlimau oleh En. Muhammad Haris bin Sawaluddin (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau) dan disaksikan oleh YB. Akmal bin Salleh (V.I.P Jemputan) dan Datuk Roslan bin Datuk Ahmad (Yang Dipetua Majlis Pengakap Daerah Merlimau). Gambar Perkhemahan  1 Gambar Perkemahan  2 Video Montaj Perkhemahan  

KERJA PROJEK MASYARAKAT DIDEKATI REZEKI DIKONGSI PERINGKAT KOMUNITI 2022

Imej
  Pasukan Pengakap Kelana Udara  tingkatan 6 SMK Tun Syed Zahiruddin (SMKTSZ) telah melaksanakan kerja projek peringkat komuniti  dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah M erlimau. Sebanyak 25 bakul makanan asas yang telah berjaya disediakan daripada hasil sumbangan kewangan Ahli Pengakap Kelana Udara SMKTSZ dan Pemimpin Pengakap Daerah Merlimau bermula dari 6 April 2022 hingga 20 April 2022. Poster mengumpulkan sumbangan kewangan. Iklan di Facebook rasmi PPMD Merlimau. Barangan asas dalam setiap bakul ialah Beras, Minyak masak, Sardin, Tepung, Kicap, Sos Cili, Gula Pasir, Susu Pekat, Milo dan Teh yang bernilai RM50.00 setiap bakul.  Majlis  perasmian ini disempurnakan lagi dengan ucapan daripada GPK Tingkatan 6 iaitu Tuan Haji Md Zamri bin Limat. Majlis penyerahan sumbangan oleh wakil pengetua kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah (DC) Merlimau  En.Muhammad Haris bin Sawalludin  diagihkan kepada komuniti setempat. Sebanyak 25 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaik

MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP PERAK DAN GANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2021

Imej
  Seramai 28 orang Ahli Pengakap Kelana Udara PTE SMK Tun Syed Zahiruddin telah berjaya menerima Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Peringkat Negeri Melaka tahun 2021. Untuk mendapatan Sijil ARPRM ini setiap ahli wajib mendaftar sebagai peserta dan menyediakan buku rekod aktiviti yang telah disyaratkan dalam program ARPRM. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama dalam sejarah Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE SMKTSZ yang menyertai program ARPRM. Syabas dan t ahniah diucapkan. Sijil telah disampaikan oleh Pn. Faridah binti Mat Zon selaku Pengetua dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap Kumpulan Ke-34 Daerah Merlimau dalam satu upacara ringkas di sekolah. Majlis ringkas dan tertutup ini diadakan kerana mematuhi larangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan dalam sekala besar yang disebabkan oleh pendemik Covid-19.  Terima kasih kepada Pn. Kamsiah binti Jumat, Cik. Noor Ridah binti Omar dan En. Mohd Hisyam bin Kahar yang telah menjadi Pemimpin/ Mentor ARPRM pertam

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP PERINGKAT DAERAH MERLIMAU

Imej
Pasukan Pengakap Kelana Udara PTE Tun Syed Zahiruddin telah membantu menjayakan Sambutan Hari Pengasas Pengakap anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau pada 22 Februari 2020 di SMK Sungai Rambai, Melaka. Seramai 15 orang ahli Pengakap Kelana Udara PTE TSZ telah membantu dalam aktivivi sepanjang program tersebut diketuai  Muhammad Ashraf bin Aliman. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Simpulan dan Ikatan , Permainan Kim's (Kim's Games) , Kraftangan , Gadjet , Masakan , Pameran dan banyak lagi. Foto Aktiviti Senarai nama ahli yang terlibat : 1.     MUHAMMAD ASHRAF BIN ALIMAN 2.     SARAASWATHY A/P MAHALINGAM 3.     NAZATUL AIN NAJIHAH BINTI MOHD HIDER 4.     SHEKINA GLORY A/P SURIS 5.     AMIRAH SYAFIQAH BINTI RAZMI 6.     NURAMIRAH BINTI BAHARUDDIN 7.     SITI KHATIJAH BINTI ABD KARIM 8.     NUR FAIZAN BINTI JAFRI 9.     MUHAMMAD LUKMAN NURHAKIM BIN SHAMSULL 10. HAWA BINTI NIK HASRIM 11. NAIMI LIYANA BINTI MOHAMMAD YUNOS 12. SITI NIOR